>

Sunday 5 June 2016

9 tips untuk skor di IPT, inshaallah.

Assalamu’alaikum dan haii

Aku bukan lah pelajar yang memang dari dulu result excellent. TIDAK. Dulu result ceroi jugak especially masa diploma. Aku masuk diploma dalam keadaan clueless habis. Aku tak faham konsep carry marks. Sampai ke tahap dapat result first sem 2.87 pun aku taktau nak rasa apa. Patut happy ka macam mana? Dengan bangga tunjuk kat ayah. Then ayah kata kena usaha lebih. Ouch. Baru aku sedar result tu tak bagus.

Lepastu aku pun study sikit, then result lebih kurang. I was like, whattt.?? Aku study kot (perasaan la macam dah study). Masa sekolah menengah study lebih kurang pun boleh ja dapat A for English. Masuk diploma kos English Communication kenapa pulak aku tak boleh dapat macam SPM dulu. Ergh. Lambat betul aku nak boleh adjust system sekolah dan IPT. Sangat lambat. Dah sem 4, sem5 baru aku mula nampak sikit-sikit, baru usaha lebih sikit. Lastly masa grad cuma berjaya dapat 3.13 lebih kurang. Alhamdulillah Kolej Profesional MARA tak berhutang. Jadi, terselamat la aku.

Then, further degree dalam Journalism di UNISEL. Bila dah pinjam PTPTN RM30k, baru lah aku cuak. Baru la gelabah nak struggle bagi grad first class so that tak payah bayar PT. Seriously, itu lah motivasi terkuat aku dalam study sekarang ni. Aku nak grad first class, aku nak bebas hutang. Itu yang ada dalam kepala aku since almost 2 tahun lepas, sampailah sekarang dan inshaallah lagi setahun. Mula-mula aku rasa impossible jugak nak dapat. Diploma pun aku tak sampai 3.20, boleh ka aku grad degree first class?

Makanya aku pun mula belajar cara betul. Terima kasih banyak-banyak Aiman yang boleh dikatakan membuka jalan untuk aku. Blur-blur masa baru masuk dulu, susah aku nak survive tanpa dia. Dia tunjuk jalan, aku sekarang cuma teruskan apa yang dia ajar dan usaha lebih-lebih lagi. Juga kawan-kawan lain yang banyak tolong dari banyak aspek. Alhamdulillah result sekarang jauh meningkat dari diploma dulu. Terlalu jauh. Dulu aku cuma mampu pandang orang yang dapat result tinggi ni dengan perasaan takjub oii kenapa hang pandai sangat. Sekarang aku sendiri dapat result macam tu tapi jujur cakap, aku bukanlah seorang yang memang bijak. Cuma bezanya sekarang aku dah faham apa yang perlu aku buat, apa yang tak boleh. Aku dah nampak. Jadi, aku apply dan alhamdulillah berjaya setakat ni. That’s it.

Okay mula-mula aku pikir nak share tips ni kalau aku dah berjaya grad first class nanti. Malu kalau-kalau nanti tak dapat (nauzubillah!!) padahal dah bagi tips semua bagai. Takut orang kutuk. Tapi pikirkan balik time tu kawan-kawan pun mungkin dah habis study. Baik share sekarang kalau-kalau ada yang perlukan bantuan. Aku taknak terlambat bantu apa yang aku mampu. Berbalik pada niat nak bantu, abaikan apa orang akan pikir.

So, here goes the tips!

1) Duduk depan sekali dalam kelas.

Okay yang ni depends sebenarnya. Mungkin ada orang okay ja duduk belakang boleh fokus semua. Kalau aku, tempat dalam kelas sememangnya memainkan peranan besar. Sebolehnya pilihlah tempat paling dekat dengan lecturer so kita boleh fokus, boleh teliti lecturer tu betul-betul dan tak distracted dengan karenah kawan-kawan yang tak fokus. Lagipun bila dekat dengan lecturer senang kita nak tanya apa-apa tanpa perlu menjerit kuat-kuat. Kalau kena tinggikan suara nanti mesti segan pastu tak jadi tanya. Padahal tak faham. So, memang bonus la bila duduk depan kan. Satu lagi adalah untuk lecturer nampak kita. Yeeaahhh aku memang memburu perhatian lecturer hee. Mesti happy kan bila lecturer ingat nama kita. Rasa dekat. Cena tah perasaan tu.


2) Tanya lecturer bila tak faham.

Aku mengaku la aku pun selalu jugak tak tanya bila tak faham. Kadang rasa macam dah bersimpul info yang masuk tu sampai taktau nak tanya apa sebab clueless habis. Tapi sebolehnya cuba cari jugak ayat untuk sampaikan apa yang kita faham, dan apa yang tak, so lecturer tau kat mana yang kita sangkut. TRY TANYA jugak. Bukak suara. Luahkan. Ni jugak cara untuk bagi lecturer nampak kita. Kalau tak biasa memang agak segan. Lama-lama inshaallah dah tak rasa apa-apa.

Kalau dah tak faham sangat tanyalah kawan yang faham. Kalau semua tak faham okayyy tanya balik lecturer.


3) ALL OUT dalam assignments dan test/quiz.

Kesalahan besar aku masa diploma dulu adalah buat kerja halai balai. Buat kerja asal siap, asal boleh hantar takyah pikir apa dah. Test/quiz pun study cincai. SALAH BESAR. Unless anda nak grad yang asal grad ja bolehla buat camtu. Kalau nak grad dengan flying colors, EFFORT pun wajib LEBIH.

Serenyah mana pun assignment tu, se-costly mana pun dia, nak termuntah dah pun dok hadap dia siang malam, itu lah yang akan menentukan result kita in the end of the day. So, ALL OUT. Sama jugak test and quiz. Korbankan jap perasaan nak date, nak tengok movies, nak tidur semua tu. Semuanya boleh buat kemudian. Result tak boleh ubah.

Sekecil-kecil improvement kita boleh buat, BUAT. Walaupun kena reprint sedangkan buat pembetulan sikit ja. Walaupun kena re-do lagi lepas dah 13 kali re-do. Walau untuk cuma 2 markah. Dan walau segala nonsense reason sekalipun. Selagi boleh buat something untuk tambah markah, buat. Kiranya bermati-matian lah demi pointer. Bila down ingat anda nak grad first class. First class. You got no other choices than being strong. 


4) Buat assignment refer to marking scheme.

PENTING! Kita kena tahu apa yang kita buat. Kena tahu apa yang tugasan tu mintak. Kalau lecturer tak bagi mintak kat lecturer. Refer marking scheme as the guideline. Barulah boleh dapat full mark. Apa yang dia nak, kita masukkan semua walaupun require a lot of efforts. Takdalah kita buat kerja terawang-awang. Nanti kang gigih sumbat benda yang tak perlu. Yang perlu kita tinggal. Kerja sia-sia.


5) Ikut format yang ditetapkan.

Font, spacing, font size, alignment. Benda ni basic guys. Please ikut. Biasakan diri buat kerja kemas. Biar tak lost markah format. Ni kira bonus yang boleh dapat free ja. Jangan sia-siakan.


6) Kehadiran kasi penuh, dan awal.

Kalau terlepas kelas, confirm ada benda penting yang kita ketinggalan jugak walaupun dah tanya kawan apa yang belajar haritu. Explanation kawan tak sama dengan apa yang lecturer ajar. Plus, kehadiran jugak bagi pengaruh besar kat impression lecturer terhadap kita. Mesti kita taknak lecturer nampak kita muka budak masalah kan. Jaga hati lecturer. Tambah lagi kalau ada markah untuk kehadiran. Lagilah perlu jaga elok-elok. Ingat, satu markah boleh menentukan anda dapat A atau B. Jadi, cuba la penuhkan kehadiran, dan cuba lah datang awal.

p/s: Aku pun pernah jugak ponteng sebab balik kampung huhuuu.


7) Fahamkan apa yang kita nak present.

Aku malu bila teringat balik macam mana aku present during my diploma years. Present benda yang tak faham, dah tak faham tak jumpa pulak lecturer, lepastu time present of course nampak tak meyakinkan. Urgh tak bestnya bila ingat balik.

Kita cuma akan berjaya sampaikan sesuatu dengan baik bila kita faham benda tu sangat-sangat. Jadi, usaha untuk fahamkan. Only then kita boleh explain dengan cemerlang inshaallah. Sekarang pun aku bukanlah bagus mana dalam presentation, but at least better dari dulu. Cuba, okay?


8) Study untuk exam!

By study aku betul-betul maksudkan suruh study! Tak rugi orang yang study. At least mesti ada jugak yang keluar exam. Semudah mana pun paper tu please study. Buat notes, jangan cuma baca notes saja. Menulis akan involve mata, tangan, mulut dan telinga. Kita baca, kita dengar apa yang kita baca, then kita tulis apa yang kita baca. Untuk aku yang ni jauh lagi berkesan dari baca sahaja (macam yg aku buat masa diploma).

Then masa tengah jawab paper tu please all out. Lenguh tangan, stress semua akan hilang. Result akan kekal. Selagi ada masa, pikir. Zikir. Inshaallah akan ada idea lain untuk ditambah. Jangan keluar dewan awal dengan alasan dah taktau sangat dah nak jawab apa. Zikir banyak-banyak mintak Allah bagi ilham. Tulis semua yang kita terpikirkan. Then tawakkal. 


9) Ibadah.

Allah yang maha berkuasa menentukan apa yang kita dapat. Usaha banyak mana pun kalau Allah marah dengan kita, sekalipun dapat result baik, masih juga kita rugi. Kenapa? Sebab itu boleh jadi istidraj, iaitu Allah bagi kita nikmat untuk jauhkan kita daripada-Nya. Allah tak redha pun dengan kita. Nauzubillah. 

Doa lah banyak-banyak, sebab Dia suka bila kita doa. Mintak Allah ikhlaskan hati kita untuk terima berapa ja yang kita dapat. Mintak Allah jauhkan kita dari menjadi hamba yang tak bersyukur. Mintak pada Allah apa pun yang kita dapat tu biar Dia redha. Mintak pada Allah jangan bagi kita result yang tinggi kalau tu jauhkan lagi kita daripada-Nya. Redha Allah yang pertama. Result comes second. What's the point of graduating first class honours tapi Allah tak redha.

Perbaiki solat. Cuba solat sunat (witir satu rakaat ja gaiss terlalu mudah! tolong amalkan). Sedekah. Kuasa sedekah dahsyat. Cuba dulu baru tahu. Dan mintak orang doakan kita. Aku takut jugak orang annoyed bila aku asyik suruh doakan aku grad first class tapi aku tak boleh stop sebab aku tau betapa powerfull nya kuasa doa. Mana tau dalam kalangan orang yang aku suruh tu rupanya ada yang memang dekat dengan Allah. Sebab tu aku keep mintak mintak dan mintak orang doakan aku. Kita sendiri pun jangan bosan doa.


That's all setakat ni yang aku ingat.

Semoga kalian dapat manfaat sedikit sebanyak dari apa yang aku share ni ya. Tolong doakan aku dan kawan-kawan dapat grad first class dan bebas hutang PTPTN. Doa yang baik-baik, mesti Allah bagi baik-baik jugak untuk anda.

Terima kasih! J


8 comments:

  1. Thank You my dear ecan. start April hari tu momoy future study.
    Itu salah satu sebab kenapa blog tak berupdate. haha
    even buat PJJ tapi result kena tip top sebab kena bayar habis baru boleh masuk kelas.
    so tak nak rasa sia-sia labur duit kat situ tapi end up result hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh bestnyaa. All the best momoy! :D semoga ilmu yg kita dpt kita manfaatkan utk islam. semoga ilmu tu berkat. semoga urusan momoy dipermudahkan. inshaallah, momoy boleh. chaiyokk!

      Delete
  2. ..bangga, bangga sangat `terjumpa' anak remaja berfikir begini....semoga Allah berkati hidup kamu `anakku', tidak aku tahu air mata apa yang mengalir di pipi setelah `berkenalan' dengan tulisan (fikiran) kamu...rasa bangga kah? rasa bersyukur kah? terharu kah? Apapun, semoga lebih ramai anak muda segagan kamu, era kamu dan pemikiran seperti kamu yg Allah takdirkan untuk memimpin negara tercinta ini...semoga keluarga kamu rasa sangat bahagia kerana `lahirkan' kamu...tahniah anakku...! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tahun kemudian pun saya masih terkesan dengan komen pakcik. Saya tak balas lebih awal sebab rasa terharu dan tak tahu nak respon apa, terasa tak layak untuk terima komen terlalu baik macam ni. Terima kasih pakcik atas doa2 yang terasa begitu ikhlas. Semoga Allah berkati hidup pakcik.

      Delete
  3. Terima kasih atas tips yg bermanfaat semoga saya dan sis berjaya dunia dan akhirat aamiin

    ReplyDelete